Aku sekarang ni masih kerja sebagai Technical Support Executive (TSE) kat pusat internet. Tapi lately ni, job skop aku makin pelik dan makin berat. Bukan lagi setakat jaga server, troubleshoot network, atau bantu user dengan masalah IT. Sekarang ni, aku dah kena buat kerja-kerja bawah CME (corrective maintenance & enhancement) pulak.
Contoh? Minggu lepas aku kena cat dinding yang dah kusam. Hari tu pulak, tombol pintu tandas rosak—aku jugak yang kena betulkan. Lampu terbakar? TSE. Paip bocor? TSE. Meja patah? TSE. Senang cerita, kerja-kerja minor kat pusat internet sekarang semua jatuh bawah bahu aku.
Aku bukan tak boleh buat. Tapi sedihlah. Kerja makin bertambah, tanggungjawab makin berat… tapi gaji? Masih yang sama. Tiada elaun tambahan. Tiada penghargaan pun sebenarnya. Macam aku ni wujud sekadar "boleh buat semua benda".
Aku masih bertahan sebab waktu kerja fleksibel. Itu je yang bagi aku sedikit nafas. Tapi bila tiap-tiap hari ada docket CME, memang makin penat. Bila masa aku nak buat part-time lain? Bila masa aku nak rehat? Duit nak simpan pun makin susah sebab kerja makin banyak, tapi hasil tak seberapa.
Kadang aku terfikir jugak… sampai bila aku boleh tahan? Tapi buat masa sekarang, aku cuba sabar. Tapi aku harap sangat pihak atasan buka mata. Hargai staff yang masih stay, walaupun kerja dia dah jadi tiga dalam satu.