Ulasan IPTV Layar3

Last Updated on 25 May, 2021 by Grim Reaper

Baru baru ini, gempar untuk pengguna IPTV apabila 1 pesaing baru dalam dunia IPTV mula ingin masuk ke dalam market IPTV iaitu Layar3. Kali ini saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai IPTV Layar3 ini. Untuk promosi 1000 orang pertama, Layar3 menawarkan bayaran sebanyak RM10 untuk 2 devices. Ini bermaksud anda boleh login sebanyak 2 devices dalam satu masak. Promosi ini telah habis dalam masa beberapa hari sahaja. Selepas itu, pihak IPTV Layar3 menawarkan bayaran secara bulanan sebanyak RM20 sahaja untuk 1 devices. Anda hanya boleh login 1 devices dalam 1 masa dan perlu logout jika anda ingin login ke devices yang lain.

Harganya sangat murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan IPTV yang lain seperti, HAOHD, MYPADTV, MYIPTV4k dan banyak lagi. Antara features yang menarik dalam Layar3 ini adalah ianya mempunyai EPG iaitu kita boleh tahu cerita apa pada waktu akan datang.

Seperti IPTV lain, Layar3 juga menawarkan Video On Demand (VOD) dan ianya memaparkan video terkini. Layar3 juga mempunyai auto subtitle bahasa melayu dan juga indonesia. Saya sudah mencuba perkhidmatan IPTV, ternyata ianya menyeronokkan kerana speednya yang laju. Jika anda mahu mencuba perkhidmatan IPTV Layar3 ini, pastikan anda mempunyai internet yang stabil iaitu sebanyak 5Mbps ke atas. Bagi saya tiada masalah, kerana saya menggunakan Digi Infinite. Speed minimum saya dapat sekitar 40Mbps hingga ke 120Mbps.

Selain itu juga, setiap kali anda menonton tv, Layar3 juga akan memaparkan berapa ramai user yang sedang menonton siaran yang sama. Disebelah icon berbentuk mata anda akan dapat melihat berapa ramai user lain sedang menonton. Features ini hanya terdapat di Live TV sahaja.

Sedikit maklumat tambahan, buat masa sekarang IPTV Layar3 hanya support untuk android version 5 ke atas. Jadi pastikan device anda support sebelum anda melanggan. Untuk pengguna ios dan web, pihak IPTV Layar3 masih belum pasti lagi untuk mengeluarkan bagi versi platform tersebut.

Keseluruhannya, IPTV Layar3 harus menjadi salah satu pilihan anda. Bukan sahaja murah, server yang laju, features yang menarik membuatkan anda akan lebih menggemari IPTV Layar3 berbanding IPTV yang lain.

Ramai orang telah menghubungi saya untuk membeli iptv ini. Maaf yer. Saya tak jual. Saya hanya bekas pengguna suatu masa dahulu. Jika anda ingin melanggan sila berhubung cari di shopee yer !

 

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

3 thoughts on “Ulasan IPTV Layar3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.