Adakah Saya Memerlukan SSD Atau HDD ?

Last Updated on 26 August, 2019 by Grim Reaper

SSD adalah alternatif kepada hard disk yang mampu beroperasi sehingga 10 kali ganda lebih laju (atau lebih lagi) berbanding hard disk biasa.

 

Jadi, persoalaannya, apa yang saya perlukan? SSD atau hard disk?

Perbezaan antara kedua-dua ni umpama membandingkan kereta yang laju dan juga kereta yang besar. Dan untuk menjawab soalan ini kita bahagikannya kepada beberapa soalan.

1.  Adakah anda suka simpan Movie ataupun apa-apa jenis video?
2. Adakah anda akan download dan juga install game yang bersaiz besar?
3. Adakah anda juga simpan semua gambar-gambar kenangan pada komputer anda?

 

Jika jawapan anda semuanya Ya, lebih baik anda dapatkan hard disk. Kerana hard disk mempunyai ruangan yang lebih besar dan ia juga jauh lebih murah berbanding SSD.

 

Jika anda mampu untuk dapat kedua-duanya sekali, anda boleh menggunakan caddy untuk menggantikan ruang cd-rom dengan hard disk yang menambahkan ruangan anda.

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.