Nama Domain Percuma Freenom

Last Updated on 11 March, 2019 by Grim Reaper

Mungkin belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2019. Maaf kepada semua kerana menunggu lama untuk entry terbaru di mrdaus.com Pelbagai peristiwa yang menyedihkan semasa bulan disember, tapi takpelah, saya simpannya sebagai peristiwa peribadi untuk diri saya.

OK, untuk post kali ini, saya ingin memperkenalkan nama domain percuma untuk anda. Mungkin ada yang dah tahu tentang kewujudan Freenom ini, dan mungkin ada juga yang langsung tak tahu. Untuk nama domain percuma ini, ianya sangat sesuai untuk yang sedang mencuba untuk belajar membuat website, atau pun untuk student yang kekurangan duit untuk membeli domain seperti .com .net dan sebagainya. Jadi nama domain percuma ini adalah 1 option untuk semua.

Nak tahu pasal freenom ni boleh layari website ni.

Bagaimana nak dapatkan nama domain percuma ini ? Mudah sahaja. Jom follow tutorial di bawah.

Caranya adalah layari laman web freenom.com

Masukkan nama domain yang anda mahukan dalam kotak search, kemudian tekan butang check availability.

Kemudian, pilih extention yang anda mahukan. Selepas tu tekan butang get it now.

Kemudian akan keluar butang checkout. Tekan butang tu.

Tekan butang use DNS, kemudian masukkan IP VPS anda , boleh pilih untuk guna Freenom DNS name atau DNS nama sendiri, nanti saya terangkan lebih lanjut mengenai nama DNS ini. Untuk tab period tu, pilih la 12 bulan. Jadi anda akan dapat menggunakan nama domain ini secara percuma selama setahun. Jika anda pilih lebih dari 1 tahun, nanti kena bayar. Jadi pilih 12 bulan je, memandangkan kita cuma nak belajar dapatkan nama domain secara percuma je kan.. Selepas tu tekan continue.

Masukkan email anda untuk pendaftaran, pastikan email tu aktif, sebab pihak freenom akan hantar email untuk kita verify akaun.

Ok, dah siap order dah, sekarang anda dah dapat domain percuma anda tu.

Nak manage nama domain anda tu tekan Services, My Domain. Tadaaa, tengok nama domain yang saya tempah tu dah ada dalam tu. Yeahhhhhhhhhh…

Alhamdulilah, selesai dah cara untuk dapatkan nama domain percuma dari pihak freenom. Semoga post ini bermanfaat. Selamat mencuba semua.

Ingin sewa webhosting murah di Malaysia ? RM20 Setahun. Klik link ini.

 

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.