Penghantaran Yang Lembap Dari Seller Shopee !

Angin betul aku. Tak pernah aku beli barang dari shopee, tapi dekat seminggu tak sampai2. Ish3. Assalamualaikum.. teruk betul perangai, masuk2 entry post dah marah2. haha.  Al kisahnya begini.. Aku beli mousepad je pun. Penjual nya dari Perak. Dekat je dari rumah aku kat Tanjung Karang Selangor ni. adess. Tapi hampeh betul punya lama nak menghantarnya…

Aku beli benda ni baru RM6.52 sekali dengan penghantaran. Kalau harga barang sahaja baru RM1.92. Aku sebenarnya menyesal beli benda murah ni secara online. Haritu kebetulan aku pergi Mr DIY sekali nampak mousepad ni. Tapi ada yang kartun, yang biasa2 lah. Harga pun bawah RM5.00 je. Adesss. Memang menyesal sebenarnya .. Tambah lagi dapat barang lambat. Lagi menyesal + geram. Tapi nak buat macammana. Nak batalkan pembelian pun tak boleh. Jadi tunggu je la. Dapat2 barang ni, terus aku macam biasa ambil gambar dan video nak buat ulasan. Haha.

Tengok lah, Order 9.8.2021, dapat 18.8.2021. Tak ke lama gila tu. Adeiiiii… Pelik je. Memang mengecewakan. Aku siap PM tau seller mana barangnya.. Ni jawapan dari beliau..

So far , JnT dekat tempat aku tak pernah buat hal lagi. Dorang hantar memang laju je. Aku memang puas hati. Tapi ni lambat dari seller. Pelik betul aku . Alasan tak munasabah. Haha. Apa apa pun aku dah dapat barangnya, kualiti puas hati. Ok selesai sesi luah perasaan . Haha. Bye..

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.