Perbezaan Antara SSD Dan HDD

Last Updated on 21 August, 2021 by Grim Reaper

Hard Disk atau HDD merupakan salah satu komponen yang berfungsi untuk menyimpan semua data dan juga fail-fail Windows. Dan pada zaman yang lagi maju dan canggih ini, SSD atau Solid State Drive juga boleh menjadi pilihan sebagai alternatif kepada HDD. SSD juga jauh lebih laju berbanding hard disk biasa, dan ia boleh dipasang pada mana-mana laptop dan juga desktop yang menggunakan sambungan SATA.

SSD (Solid State Drive)

SSD mempunyai struktur yang kelihatan hampir sama dengan pemacu USB atau pendrive. Dan sama seperti pendrive, ia menyimpan semua data pada microchip. Dan SSD tidak menggunakan sebarang komponen mekanikal yang boleh menjadikannya mudah rosak. SSD juga amat ringan jika dibandingkan dengan HDD.

Penggunaan kuasa: 2-3 watts
Masa untuk boot: 10-13 saat
Bunyi: Tiada
Getaran: Tiada
Haba: Kurang oleh kerana tidak pergerakan mekanikal

HDD (Hard Disk Drive)

HDD menyimpan data dan juga fail pada platter yang kelihatan seakan-akan sebuah CD. Terdapat sebuah jejari mekanikal yang digunakan untuk menulis dan juga membaca data yang ada pada HDD. HDD kebiasaan hadir dalam kapasiti yang jauh lebih besar dengan harga yang lebih murah daripada SSD.

Penggunaan kuasa: 6-7 watts
Masa untuk boot: 30-40 saat
Bunyi: Bunyi berpusing boleh didengari
Getaran: Platter yang berpusing menyebabkan getaran
Haba: Haba sedikit tinggi berbanding SSD

Jadi, apa pilihan anda? SSD atau HDD? Atau kedua-dua sekali?

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.