Pusat Internet 1 Malaysia

Last Updated on 14 July, 2019 by Grim Reaper

Maklumat Pusat Internet 1 Malaysia

Pusat Internet 1 Malaysia (dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”1″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”240″ thumbnail_height=”160″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”2″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) telah menjadi sebutan orang kampung sehingga hari ini. Walaupun PJK telah bertukar menjadi Pusat Internet 1 Malaysia. Pusat Internet 1 Malaysia telah banyak dinaik taraf menjadi bangunan dalamnya lebih menarik seperti komputer, meja, kerusi, bilik latihan dan banyak lagi.

Arus kemodenan membawa perubahan kepada Pusat Lajur Lebar Komuniti kepada Pusat Internet 1Malaysia pada Januari 2013. Dengan adanya Pusat Internet ini, penduduk kampung tidak bersusah payah ke pekan.

Objektif Penubuhan

  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan jalur bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pi1M.

Perkhidmatan di Pusat Internet 1 Malaysia

Pi1m menawarkan latihan ICT(information and Communications Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli PI1M. Selain itu, Pi1M juga menyediakan perkhidmatan Internet jalur lebar, printing, scanning, photostat, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar (wifi zone)

Latihan yang disediakan Pi1M Sungai Sireh
  • Pengenalan Asas Komputer
  • Asas Internet
  • Aplikasi Elektronik (E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)
  • Dekstop Publishing (Microsoft Office)
  • Latihan Keusahawanan
  • Pengenalan kepada Dashboard
  • Latihan Intel
  • Klik dengan Bijak
Kemudahan yang disediakan Pi1M Sungai Sireh
  • Membayar bil-bil semasa
  • Melakukan urusan jual beli secara atas talian
  • Mendapatkan pelbagai maklumat am
  • Mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian
  • Menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan
Perkhidmatan Dan Kadar Bayaran
  1. Keahlian Rm5/ Seumur Hidup
  2. Percuma penggunaan komputer selama 1jam dalam 3 bulan dari tarikh pendaftaran keahlian.
  3. Pinjaman netbook 1 malaysia selama 30 hari (1 bulan)
  4. Latihan ICT secara percuma
  5. Kad keahlian –kumpul mata melalui kad keahlian dan tebus hadiah misteri
  6. Berpeluang menjadi salah seorang ikon kisah kejayaan
Caj & Perkhidmatan

Caj penggunaaan:

Percuma 1 Jam pertama setiap hari
RM 1.00 sejam (ahli)
RM 2.00 sejam (bukan ahli)

Perkhidmatan Lain:
  1. Pencetak (hitam/ putih)
  2. Pencetak (Warna)
  3. Fotokopi
  4. Pengimbas
  5. Laminate
Pendaftaran Pi1M

Yuran keahlian: RM5.00

Keistimewaan:

  1. Keahlian seumur hidup
  2. Kelas ICT percuma
  3. Mengumpul mata perkhidmatan
Waktu Operasi

Dibuka setiap hari:

9.00pg – 6.00ptg

(kecuali cuti umum)

Jika di kawasan kampung anda ada menyediakan perkhidmatan seperti ini, jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya. Perkhidmatan seperti ini sangat  bagus kerana ianya memberi manfaat kepada penduduk kampung dan salah satu inisiatif kerajaan kepada penduduk kampung untuk celik IT.

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.