Quickbox PRO

ULASAN QUICKBOX PRO

Assalamualaikum. Bertemu kembali kita harini di dalam entry kali ini yang bertajuk ulasan quickbox pro. Pada post yang lepas, saya ada membuat entry ulasan mengenai senarai script seedbox terbaik

Untuk pengetahuan semua, script ini boleh di langgan dengan harga 5 USD untuk pakej bulanan. Jadi, saya telah melanggan script ini dengan tujuan untuk testing dan membuat ulasan. Anda ingin mencuba ? Tempah di website quickbox untuk script ini. 

Selepas membeli dan membuat pembayaran menggunakan paypal, secara automatik anda akan mendapat API KEYS untuk mengaktifkan quickbox pro ini ke dalam dedicated server anda. Di bawah adalah contoh api keys yang saya dapat di dalam akaun saya.

PROSES PEMASANGAN

Apa yang anda perlukan untuk install quickbox pro adalah sebuah VPS atau Dedicated Server yang fresh, dan menggunakan ubuntu 16 ,18 atau pun debian. 

ANTARA MUKA QUICKBOX PRO

Selepas proses pemasangan berjaya, anda boleh log masuk ke domain yang telah anda setup seperti di atas. Contohnya: https://seedboxaku.com/
Ianya akan memaparkan quickpro yang telah anda pasang. Sila lah log masuk menggunakan id dan password yang telah anda daftarkan.

Gambar di atas menunjukkan saya telah aktifkan api keys saya di dalam Settings. Kesemua function telah dibenarkan.

Untuk pertama kali selepas aktifkan api keys, anda boleh masuk ke dalam setting kemudian general setting dan ubah mengikut kesesuaian anda.

Kemudian, masuk ke apps dashboard dan pilih application management. Disini ada pelbagai aplikasi yang anda mahukan untuk di install di seedbox anda seperti ruTorrent, Deluge, Transmission dan pelbagai lagi. Penat saya nak taip 1 per 1. Ada 5 pages untuk anda explore aplikasi yang disediakan di dalam quickbox pro ini.

Sebagai contoh, saya telah memasang aplikasi rtorrent, rutorrent dan plex. Untuk akses ke aplikasi ini, anda hanya perlu menekan butang seperti di bawah.

Jadi anda bolehla access ke rutorrent, rutorrent download dan juga plex.

PENDAFTARAN USER

Jika anda perasan semasa login ke url seedbox anda, anda boleh membenarkan user untuk register ke seedbox anda. Tetapi untuk membolehkannya anda perlu ubah setting di account activation dengan memilih no activation (immediately access) atau admin activation. Di dalam registeration setting ini anda boleh ubah mengikut yang anda mahukan. Bagi Free user, selepas mereka mendaftar mereka anda dapat automatik 10GB quota. Tapi sila install quota terlebih dahulu di application management.

Bergantung pada spec dedicated server anda. Anda boleh install pelbagai aplikasi yang anda inginkan dan yang pasti anda gunakan. Kalau install banyak banyak aplikasi tapi tak guna nak buat apa kan ? Tepok dada tanya perot. Hehehe. 

Itu saja ulasan saya kali ini. Pada saya quickbox pro ini saya mudah untuk digunakan. Script ini sangat sesuai kepada user yang malas nak gunakan command prompt melalui ssh untuk install sesuatu. Dengan menggunakan quickbox pro, anda boleh manage user, quota dan pelbagai lagi hanya dengan menggunakan GUI tanpa perlu memeningkan kepala hotak korang. Akhir kata. Selamat mencuba.

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.