Seedbox SB05 rosak !

Last Updated on 7 November, 2018 by Grim Reaper

Beberapa hari yang lepas, sekitar 2 September 2018, saya telah dikejutkan oleh customer seedbox sb05 dengan mendapat pelbagai aduan yang mengatakan mereka tidak dapat akses kepada server mereka. Permulaannya pabila saya mencuba untuk masuk ke url sb05, ianya tertulis connection refused. Jadi saya fikir, mungkin nginx crash dan saya perlu restartnya semula, jadi solusi kedua saya ambil adalah untuk restart nginx melalui  ssh.

Ketika SSH sedang ingin berhubung ke server, ianya agak berat dan seperti tersangkut. Ini adalah pertama kali terjadi kepada server ini. Jadi saya tidak dapat restart nginx melalui SSH. Jadi solusi ketiga yang saya ambil adalah dengan ingin restart server menggunakan panel melalui akaun reseller saya. Selepas menekan butang restart, saya menunggu server hampir 10 minit untuk server saya boot semula.

Hasilnya, tiada apa apa yang berlaku ! Di panel, menunjukkan server telah pun diboot. Namun selepas 10 minit saya cuba ping semula, langsung tiada respon dari server saya. Ah sudah ! Jadi saya membuka ticket kepada provider saya, dan menunggu hampir 6 jam untuk pihak mereka membalas semula (maklumlah, lain GMT, jadi ambil masa), mereka salah paham atas permintaan saya. Mereka memberitahu server ini adalah unmanaged, jadi saya perlu lakukan sendiri iaitu restart server melalui panel. Seperti di atas, saya telah memaklumkan yang saya sudah cuba untuk restart sendiri. Namun mungkin mereka tidak paham.

Jadi saya menunggu lagi 6 jam untuk customer support yang lain membalas ticket saya, dan akhirnya, support bernama Lorenzo berjaya memahami permintaan saya, kini beliau meminta izin untuk restart server saya dan mencuba untuk troubleshoot masalah server saya. Selang 6 jam kemudian, beliau memberitahu yang server saya mengalami kegagalan harddisk. Bak kata orang putih, raid failure !

Ahhhhhhhhhhh sudah !! Saya menerima pelbagai aduan melalui pelanggan saya melalui whatapps dan juga ticket. Berdentum dentum mereka menanyakan adalah server sudah ok? dah boleh guna ke ? Saya sangat paham perasaan mereka. Mereka tidak sabar ingin memuat turun movie kegemaran mereka, tapi tak boleh sebabkan kegagalan untuk akses ke seedbox sb05. 6 jam kemudian, pihak support provider memaklumkan yang server saya motherboard terbakar. Perghhh. Bertambah lama la saya perlu menunggu dan akan menerima pelbagai aduan dari pelanggan saya..

Dipendekkan cerita, saya dah tak boleh sabar. Saya terus order server baru. Nak order pun ambil masa jugak. Kene tunggu 8 jam sampai dorang siap setup. Biasalah, kita duduk Malaysia, server saya order tu pulak di Netherland. Memang berbeza masa lah. Alhamdulilah. Kini saya sudah dapat server baru saya. Saya menamakannya sb02 pula sebagai gantian kepada sb05. Saya harap server ini dapat bertahan lama dari server sebelum ini. Sebab server ini lebih bagus dan mempunyai spec yang tinggi. Sehingga entry ini ditulis, saya masih belum dapat lagi server saya yang rosak itu. Apalah nasib badan kan. Namun saya telah menggantikan semua akaun pelanggan saya di server yang baru. Terima kasih kepada semua pelanggan saya yang cukup bersabar selama mana sb05 ini down.

Nantikan entry akan datang review saya mengenai spec server baru saya. Bye !

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.