Sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2024.
Renungan / Pesanan Untuk Melangkah Ke Tahun Baharu
Berikut perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang menarik untuk kita renungi bersama-sama sempena tahun baru:
24 CARA UNTUK BINA HIDUP YANG KITA IMPIKAN DI TAHUN 2024:
- Mula dengan luangkan masa dengan orang yang tepat.
- Mula berlaku jujur dengan diri sendiri terhadap semua perkara.
- Mula jadikan kebahagiaan kamu sebagai keutamaan hidup.
- Mula belajar untuk berhadapan dengan masalah, bukan lari dari masalah.
- Mula rapat dengan orang yang membuat kesihatan mental dan fizikal kamu lebih mantap dari tahun ini.
- Mula jadi diri sendiri. Jangan ikut trend atau ikut budaya orang lain yang negatif.
- Mula belajar untuk lebih peka dan hidup dalam momen sekarang. Bukan momen yang lepas.
- Mula berfikir dengan baik dan jangan overthinking benda yang belum berlaku.
- Mula hargai semua pengalaman buruk dalam hidup kamu. Ambil hikmah dan pelajaran daripadanya.
- Mula berlaku adil dan baik terhadap diri sendiri.
- Mula nikmati apa yang kamu ada. Bukan bersedih akan hal yang kamu tiada.
- Mula bina kebahagiaanmu sendiri.
- Mula memberi idea dan laksanakan apa yang kamu impikan. Jangan idea tinggal idea semata-mata.
- Mula yakin bahawa kamu sudah berada di level yang lebih tinggi.
- Mula luaskan circle yang berkualiti. Cari mereka yang fikir tentang Allah dan Rasul-Nya, perjuangan dan masa hadapan.
- Mula beri peluang untuk orang yang kamu baru temui. Bagi manfaat tanpa mengharapkan apa juga balasan.
- Mula bersaing dengan diri sendiri. Persaingan sebenar adalah antara diri kamu hari ini dan diri kamu semalam. Bukan orang lain.
- Mula mencari hikmah atas apa juga perkara yang terjadi dalam hidup. Bukan menyalahkan takdir.
- Mula memaafkan diri sendiri dan orang lain.
- Mula membantu orang di sekeliling kamu.
- Mula mendengar dengan hati dan tapis dengan akal fikiran. Jangan terlalu kasihan dan bersimpati sehingga orang boleh memanipulasi kamu.
- Mula untuk pantau stress level kamu. Ambil masa berehat dari segi minda dan emosional. Rawat dengan solat taubat dan tahajud.
- Mula lihat kecantikan dalam tiap-tiap perkara kecil.
- Mula menerima bahawa kita sedang menuju kesempurnaan. Maka, apa juga yang dilihat tidak sempurna itu adalah langkah-langkah kecil menuju kesempurnaan mutlak.