Tukar Wiper Kereta

Last Updated on 15 July, 2019 by Grim Reaper

Alkisah aku punya wiper kereta dah rosak. Anak aku pulak rajin main wiper tiap kali keluar. Sebelum ni aku guna wiper yang silicon. Bila dia da koyak bunyik dia bising tau. Mungkin salah satu sebab ianya silicon. Untuk pengetahuan korang aku beli kat tepi jalan tu. Sebatang RM 15 beb. Mahal kan ? Aku dulu beli ni sebab fikir ia boleh tahan lama. Yup memang betul ianya tahan lama. Tapi lama kelamaan dia rosak. Jadi terkoyak getahnya. So aku buat keputusan untuk tukar kepada wiper baru.

Jadi aku memulakan operasi mencari wiper baru di shopee dan aku pun jumpa wiper bosch. Harganya RM14 sahaja. Jadi total siap pos cuma RM 19. Jimat kan kalau nak bandingkan beli kat tepi jalan tu ? So aku pun buat tempahan. Keesokkanya aku dah dapat barang tu. Cepat betul. Alhamdulilah setakat ni perkhidmatan J&T tidak mengecewakan.

Tadaa. Ni la rupa barangnya. Di balut macam tu je. Haha. Tapi takpe. Janji barang elok dan tak patah. Cun. Masa sebelum beli tu aku ada tanya seller dia, dapat sebatang ke dua batang ? Dia jawap dapat 2 batang. Memang cun la. Tak sangka beb. RM14 dua batang. Murah giler ! Bosch pulak tu. Hihi.

Tadaa. Ni la gambar lepas aku bukak wrapping tu. Hehe. Bagus betul penjual ni. Siap bagi free mini shampoo untuk wiper. Pandai tu bodek pelanggan. Patutla ramai beli. Tapi ramai jugak komplen sebab cara dia wrapping macam tu je. Pada aku takde masalah pun. Tah la. Lain orang lain ragamnya kan ? hehe

So apa lagi, aku pun memulakan projek pemasangan kat kereta aku. Mula mula aku kena buang dulu wiper lama.

Memandangkan wiper lama aku ni macam ada butang. Jadi aku tekan butang tu, dan tolak terus terbukak. Sangat mudah.

Kemudian aku ambil wiper baru dan masukkan ke batang wiper ni. Wiper baru ni lagi la senang. Takda apa apa butang langsung. Hanya masuk je ke cangkuk U tu kemudian tolak. Selesai. Lagi la gila gila mudah ! hahaha. Aku risau tengah bawak laju terbang je wiper ni. Tapi bila aku tengok cangkuk U tu dah masuk ke wiper baru tu, InshaAllah takda apa la kot. Doakan ya kawan2 supaya wiper ni tak tercabut haha.

Ni la rupa wiper baru aku selepas di pasang. Memang aku puas hati la weh. RM 14 dapat dua batang jenama bosch. Puas hati giler ! Aku dah try guna wiper ni. Senyap. Langsung senyap. Anak aku nak main pun aku da tak kisah. Kalau dulu bising malu beb orang lalu lalang pandang. Kali ni dah senyap. So biarlah anak aku tu main. Takde masalah. Hehe. Aku sangat rekemended kat korang beli wiper jenis getah dan jenama bosch ni. Memang terbaik. Sekian.

 

 

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.