Ulasan Pendrive Kingston DataTraveler 100 G3 16GB

Last Updated on 12 March, 2019 by Grim Reaper

12.12.2018 hari kegemaran untuk semua rakyat Malaysia termasuk diri aku sendiri. HAHA. Tahu tak apa istimewanya tarikh ini? Ini adalah hari untuk rakyat shopping secara besar besaran di Shopee dan juga Lazada. Tarikh ini merupakan ulang tahun Shopee untuk yang ke setahun. Aku juga terasa di racun pada saat ini untuk mendapatkan pelbagai barangan murah dari shopee. Ok, harini aku nak memberi ulasan sedikit mengenai barang yang aku beli dari shopee iaitu Pendrive Kingston DataTraveler 100 G3 16GB.

Pendrive Kingston DataTraveler 100 G3 16GB telah aku dapatkan dengan harga RM12.70 untuk 1 unit. Kali ni aku beli terus 2 unit. Sebab aku ingat nanti nak guna untuk buat windows bootable dalam ni. Dalam masa 1 hari, barang ini telah sampai ke rumah aku dengan selamatnya. Sangat cepat !

Penjual ini sangat bagus kerana dia wrapping menggunakan bubble kat pendrive. Untuk memastikan keselamatan pendrive ini. Terbaik. Aku memang sangat sukakannya. Aku terus membuka pendrive ini untuk di cuba sebab aku takot kene scam kerana, dulu pernah aku beli pendrive murah di Chow Kit, ternyata ianya tipu ! Baru masuk 1 video dah korup ! Sakit jiwa aku time tu!!

Tadaa. Ini lah rupa pendrive yang aku beli tu. Lawa kan ? Aku memang suka designnya. Memang menarik, siap boleh letak tali kat belakang tu untuk dibuat sebagai keychain. Ok, kemudian aku terus cucuk pendrive ke laptop, hasilnya adalah seperti di bawah.

Standard, memang kalau beli 16 GB mesti akan dapat kurang daripada tu, so jangan korang expect dapat betul betul 16 GB storage. Kadang kadang aku baca ulasan dekat shopee, sampai ada customer cakap yang seller ini scam dia sebab dorang cakap tak dapat 16 GB, hanya dapat 14.4 GB, mana hilangnya 1.6 GB lagi. Lawak betul bila aku baca ulasan dorang dalam shopee tu. Tak patot la sampai cakap macam tu. Siap bagi 1 bintang lagi. Aduiiiiiiii sabar aje la penjual tu dengan pelanggan macam ni.

Kemudian aku cuba lakukan benchmark kat pendrive ni menggunakan software CrystalDiskMark. Hasilnya adalah seperti gambar di atas. Untuk speed read sekitar 50 MB/s dan untuk speed write sekitar 10MB/s. Boleh dikatakan slow la. Tapi ok la, dengan hanya harga RM12.70 apa yang korang expect kan ? Yang paling penting, penjual tu tak tipu, sebab dalam iklan tu dia da bagitahu siap siap yang speed read sekitar 100 MB/s dan speed write sekitar 10MB/s. Kira betul la dengan benchmark yang aku dah try ni !

Aku cuba gak copy 1 movie munafik, dan memang betul speed write nya sekitar 10 MB/s. Dan kemudian aku cuba mainkan movie tersebut dalam pendrive aku. Laju je tanpa sekat sekat. Memang terbaik.

Last sekali, aku cuba masukkan seberapa banyak movie yang boleh dalam pendrive tu sampai penuh. Dan aku cuba mainkan, ternyata memang boleh. Tanpa sebarang masalah. Yelah, dulu kan aku pernah kena tipu, tu yang aku kene periksa betul betul. So hasilnya, kali ni aku beli pendrive murah dan tak kena tipu lagi. Memang terbaik! Keseluruhannya, aku memang berpuas hati dengan Pendrive Kingston DataTraveler 100 G3 16GB yang aku beli ni.

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.