Benchmark VPS Value dari Shinjiru Malaysia

Last Updated on 18 December, 2018 by Grim Reaper

Assalamualaikum, Harini saya nak buat sedikit benchmark dan review mengenai VPS baru saya ni. Harini saya nak cerita sikit mengenai vps yang baru saya beli ni. Kisahnya pada 26 September 2018 jam 4.00 AM saya ada membuat tempahan VPS ini yang berharga RM 60.00 untuk sebulan. Jadi saya tunggu la untuk mereka aktifkan VPS saya. Jadi saya fikir sewaktu office hours mereka akan mula mengaktifkan VPS saya namun tiada apa email saya terima dari mereka. Pada jam 5.00 PM saya menghubungi support mereka melalui whatapps. Dan mereka mengatakan kebiasaannya servis mereka memerlukan tempoh masa 24 JAM untuk proses pengaktifan. Jadi nak ke tak nak, saya mengatakan saya terpaksa menunggu lah. Semasa tempahan VPS, saya juga meninggal nota tambahan kepada mereka untuk install Centos 6 dan juga mengaktifkan service tun tap untuk saya install VPN di VPS saya. Sekitar jam 11.00 PM 27 September 2018, saya mendapat email daripada shinjiru yang mengatakan VPS saya telah diaktifkan.

Saya mendapat email plain text dari mereka. Tiada url seperti control panel untuk saya manage VPS saya, seperti solusVM dan sebagainya. Saya mendapat username, password, server ip dan juga port custom yang berubah, saya sangkakan default port adalah 22. Terus saya on putty dan melakukan benchmark dan juga speedtest daripada VPS saya itu.

Di bawah adalah result selepas saya melakukan benchmark menggunakan script nench

-------------------------------------------------
 nench.sh v2018.04.14 -- https://git.io/nench.sh
 benchmark timestamp:    2018-09-26 13:45:40 UTC
-------------------------------------------------

Processor:    Intel(R) Xeon(R) CPU E5-2620 0 @ 2.00GHz
CPU cores:    4
Frequency:    131.827 MHz
RAM:          1.2G
Swap:         256M
Kernel:       Linux 3.10.0-693.21.1.vz7.46.7 x86_64

Disks:
ploop57276     25G  HDD

CPU: SHA256-hashing 500 MB
    20.148 seconds
CPU: bzip2-compressing 500 MB
    39.881 seconds
CPU: AES-encrypting 500 MB
    10.502 seconds

ioping: seek rate
    min/avg/max/mdev = 54.0 us / 98.1 us / 39.8 ms / 990.6 us
ioping: sequential read speed
    generated 4.89 k requests in 5.00 s, 1.19 GiB, 978 iops, 244.5 MiB/s

dd: sequential write speed
    1st run:    219.35 MiB/s
    2nd run:    201.23 MiB/s
    3rd run:    180.24 MiB/s
    average:    200.27 MiB/s

IPv4 speedtests
    your IPv4:    124.217.247.xxxx

    Cachefly CDN:         1.16 MiB/s
    Leaseweb (NL):        1.35 MiB/s
    Softlayer DAL (US):   0.81 MiB/s
    Online.net (FR):      1.43 MiB/s
    OVH BHS (CA):         1.86 MiB/s

No IPv6 connectivity detected
-------------------------------------------------

Speedtest adalah seperti berikut:

Sebenarnya saya berasa sedikit kecewa daripada hasil speedtest VPS saya di atas ini. Ini kerana pihak Shinjiru Malaysia telah menjanjikan guarantee bandwidth yang sepatutnya saya dapat adalah 200Mbps shared. Tetapi saya mendapat bawah dari 50Mbps. Di gambar di atas juga menunjukkan 1Gbps bandwidth unmetered. Pada kadar harga RM60.00 ianya memang tidak berbaloi. Semasa tempoh percubaan, saya mendapat speed lebih kurang 700Mbps. Jadi saya terpedaya dengan helah yang mereka gunakan untuk menarik customer membeli VPS mereka.

Selain itu, semasa tempoh percubaan, support mereka melalui whatapps juga agak kurang ajar. Mereka sudah awal awal warning kepada saya, jika tidak mahu membeli jangan cerita banyak dan sembang. Nanti buat review buruk mengenai Shinjiru Malaysia. Terkejut saya pada mulanya. Tetapi mereka tetap memberi saya testing akaun untuk saya test VPS mereka. Tapi itulah. Mereka memperdayakan saya . Saya tertipu dengan speed 700Mbps tu. Semasa trial saya dapat speed begitu, tetapi bila di VPS saya, saya tidak mendapat speed sebegitu. Saya juga ada membaca beberapa review di google yang menyatakan keburukan dari Shinjiru ini. Pada mulanya saya tidak percaya, namun selepas apa yang saya alami ini saya sudah mula mempercayai. Saya harap entry ini dapat membantu anda dalam membeli VPS di Malaysia ini. Berhati hati ya! Sekian..

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.