Hijrah Dari Shared Hosting Ke VPS Hosting

Last Updated on 18 August, 2021 by Grim Reaper

Pada tarikh 28 November 2019 aku telah memberanikan diri untuk berhijrah dari shared hosting kepada VPS hosting. Aku telah memilih Vultr High Frequency sebagai VPS untuk semua website aku. Untuk pengetahuan korang, pada tarikh tersebut adalah sewaktu Black Friday 2019. Kalau korang nak beli VPS Vultr ni, boleh la klik gambar dekat bawah ni haa.. Kita share sama2, korang beli guna link affliate aku.. Kebanyakan vendor IT akan membuat lelongan pada hari tersebut. Tak terkecuali iaitu RUNCLOUD. Aku menggunakan RUNCLOUD di vps aku sebagai panel utama untuk VPS ini. Nanti korang boleh baca artikel mengenai RUNCLOUD ini ya..

Penghijrahan hosting ini merupakan julung kali buat aku dalam arena web hosting sejak terlibat dalam bidang ini dari tahun 2017 dan pada ketika itu aku telah memilih pelbagai pembekal web hosting untuk aku letak laman web aku dan sering berubah2. Ada di luar negara, US, dan tak juga Eropah. Jadi disebabkan webhosting aku jauh, jadi pelawat dari Malaysia nak baca info dari website aku akan ambil masa yang lama sikit la untuk loading.

Hijrah Dari Shared Hosting Ke VPS Hosting

Untuk pengetahuan korang, Shared hosting tersangatlah berbeza dengan VPS hosting untuk pengetahuan anda. Dalam shared hosting, segalanya telah tersedia untuk anda. Kebiasaannya web panel seperti cPanel telahpun terpasang. Anda cuma perlu upload fail-fail website dan website anda terus siap. Setting lain-lain seperti database sangatlah minima.

Berbeza dengan VPS hosting, segalanya anda perlu buat sendiri. Anda perlu setup server sendiri dan lain-lain lagi. Perlu ada sedikit kemahiran dalam sistem operasi seperti linux. Aku pun masih lagi dalam proses pembelajaran. Macam2 control panel yang ada dekat luar tu, kena pandai pilih je. Ada yang berbayar, ada yang free. Tapi paham2 la kalau guna free ni. Ada bugs tertentu. So aku memilih control panel premium iaitu runcloud. Nanti aku akan ceritakan mengenai control panel runcloud ni dalam entry lain.

Kenapa memilih VPS hosting?

Pada mulanya, aku memang dah berkira-kira untuk bertukar hosting. Macam macam aku fikirkan, antaranya adalah kos la. Sebagai guna vps ni kos lebih sikit. Webhosting tu murah je. Tapi VPS hosting mahal sikit.. Jadi setelah mengenalpasti beberapa hosting provider, aku akhirnya memilih VPS hosting Vultr.

Tambah Ilmu & Kemahiran

Sebelum ni tak pernah cuba VPS hosting, jadi kenapa bukan sekarang kan? Dengan mencuba sendiri, ilmu pun dapat. Boleh tanya kawan-kawan kalau ada kemusykilan. Lagipun banyak info dekat google. Cari je. Haha

Lebih Bebas

Fungsi dan kuasa pengguna di shared hosting sangat terbatas jika dibandingkan dengan VPS hosting. Dalam VPS, anda mempunyai kebebasan untuk memasang dan menggunakan apa saja software yang anda mahu.

Lebih Privasi dan Selamat

Dengan menggunakan VPS Hosting, data anda lebih selamat, sebab semua data di bawah kawalan anda. Jika web hosting, takut takut ada provider yang tak jujur, curi data pulak. Tambahan lagi dengan menggunakan VPS hosting, lebih selamat sebab jika anda guna web hosting, pengguna lain punya ada ada virus, tak memasal berjangkit dekat data korang pulak.

Kesimpulan

Vps hosting sangat sesuai jika anda mempunyai duit lebih atau nak performance web lagi laju dari menggunakan web hosting. Anda dapat menambah ilmu mengenai linux jika anda menggunakan vps hosting. Alhamdulilah dengan vps hosting ini, macam2 perkara yang saya belajar. InshaAllah jika ada masa, saya akan kongsikan dalam website saya ni. Akhir kata, jika anda berminat nak beli vps hosting dan guna macam saya pakai, boleh daftar dengan klik gambar di bawah.

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.