Last Updated on 18 April, 2023 by Grim Reaper
Masalah yang dihadapi
Aku baru je pasang box givi dekat motor honda vario 150 ni, apa yang aku perasan semasa aku bawak motor handle bergegar. Aku lepas tangan lagi la bergegar. Jadi apa cara nak selesaikan masalah ni ? Betul ke disebabkan pasang box ?
Video Honda Vario 150 handle bergegar.
Penyelesaian Masalah ni
Pada 3.4.2023 Aku dah bawak motor aku ke bengkel AC Scooter Cheras. Alvin da cek masalah apa yang motor aku hadapi iaitu tayar depan aku rosak. Dah benjol. Brader zam dekat AC Scooter pun juga cakap macam tu, dia cadangkan aku untuk next time, tukar tayar Pirelli Diablo Rosso dan ketatkan sedikit handle. Mungkin salah satu sebab je box tu, sebab box tu hampir 5kg juga dekat belakang. Jadi mungkin terjongket sikit motornya tambah lagi dengan keadaan tayar yang tak cun tu.. Takpela… Buat masa sekarang ni, aku tak tukar lagi tayar depan tu, sebab aku nak tunggu botak baru aku tukar. Jimat sikit kos. Haha.