Last Updated on 18 April, 2023 by Grim Reaper
Salam semua. Alhamdulilah harini 23.3.2023 1st day puasa, berjaya juga aku install Ghost CMS ni dekat VPS. Punya lah susah aku nak install cms ni. Leceh betul. Sebab cms ni tak macam wordpress, boleh one click install macam wordpress tu. CMS ni hanya boleh run dekat docket atau menggunakan npm sahaja. Untuk menggunakan docker atau NPM. Korang memerlukan VPS untuk run CMS ni. Developer CMS ni sengaja buat ni, memandangkan ianya open source. Kalau korang nak yang one click installer tu punya ada. Tapi berbayar. Kena beli dekat official website dia, korang boleh melanggan dengan langganan bulanan atau tahunan.


Jadi korang boleh pilih mana yang sesuai untuk korang. Kalau korang nak try bulanan.. Boleh la cuba. Macam aku. Malas nak bayar2. sebab benda boleh free buat apa bayar. Kan ? Hehehe
Kenapa tukar dari wordpress ke ghost ?
Antara sebab aku tukar dari wordpress ke ghost ini adalah:
- Laju
- Tak perlu plugin banyak
- Open source
- Free
- Developer yang aktif dalam pembangunan CMS ni
- Front END editor
Aku tengah dalam fasa testing lagi. Kalau tak cun memang aku revert semula ke wordpress.