Permohonan i-citra KWSP 2021 Kini Dibuka ! JOM Mohon Sekarang !!

Makluman dari pihak KWSP Malaysia | Media Masa | Buletin Terkini

Ahli yang layak boleh mohon secara dalam talian bermula 12 Julai 2021

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2021: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai 2021 melalui icitra.kwsp.gov.my, tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.

Bagi memudahkan ahli mengemukakan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula dari bulan Ogos 2021.

Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Citra serta cara-cara membuat permohonan, ahli boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP, laman web di www.kwsp.gov.my, atau hubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

JOM MOHON SEKARANG

Permohonan yang sangat mudah dan senang. Layari laman web di sebelah untuk memohon.

PANDUAN PERMOHONAN I-CITRA KWSP 2021

Permohonan i-citra kwsp 2021 kini dibuka ! JOM Mohon sekarang !!

SOALAN LAZIM

1. Mengapakah Pengeluaran i-Citra diperkenalkan?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

2. Siapakah yang layak memohon?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Citra?

  1. Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

4. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Ilustrasi bayaran amaun pengeluaran seperti di bawah:

5. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran i-Citra?

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 & 1 seperti di bawah;

6. Mengapakah amaun maksimum i-Citra dihadkan kepada RM5,000 sahaja?

Amaun maksimum RM5,000 bertujuan membantu ahli untuk menampung kelangsungan hidup dengan mengimbangi keperluan simpanan persaraan.

7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP.

8. Bilakah permohonan i-Citra boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.

9. Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

10. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.

11. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

12. Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

13. Bayaran bulanan i-Citra akan terhenti sekiranya;

  1. Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun; atau
  2. Terdapat apa-apa pengeluaran penuh diluluskan (contoh: Pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dan lain-lain); atau
  3. Ahli membuat pembatalan i-Citra

14. Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?

Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan.

Permohonan semula tidak dibenarkan.

15. Bolehkah amaun Pengeluaran i-Citra dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.

16. Apakah yang akan berlaku kepada caruman bulanan ahli selepas bayaran Pengeluaran i-Citra tamat?

Sekiranya amaun Pengeluaran i-Citra menggunakan simpanan daripada Akaun 1, semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah itu, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Rasional bagi mengisi semula simpanan di dalam Akaun 1 adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

17. Adakah bayaran Pengeluaran i-Citra diberi keutamaan berbanding dengan lain-lain pengeluaran?

Ya, bayaran i-Citra diberikan keutamaan berbanding bayaran pengeluaran lain.

Bagaimanapun, sekiranya ahli juga menerima pembayaran Pengeluaran i-Sinar dan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan, bayaran pengeluaran ini akan diberikan keutamaan.

18. Bolehkah simpanan dalam Akaun Emas digunakan untuk Pengeluaran i-Citra?

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran i-Citra.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan Simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

19. Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

20. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan i-Citra?

Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:

  1. Menu Semak Status Permohonan di i-Citra Online; atau
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

21. Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.