Selamat Tinggal firdausmarzuki.my

Salam semua, lama dah aku tak update blog aku ni. Busy real life. Haha. Tambah pulak musim covid19 sekarang. Korang dah ambil vaksin ke belom? kalau belom daftar tu, daftar cepat2 ok. Macam aku dah setel dah dua dos. Alhamdulilah. Jadi kene la berjaga2. Selamat tinggal domain firdausmarzuki.my adalah entry aku nak buat kali ni. Aku terpaksa buang domain ni sebabnya , mestilah sebab HARGA!

firdausmarzuki.my

Untuk pengetahuan korang, masa aku beli domain firdausmarzuki.my ni harganya cuma RM50.00. Masa aku beli tu tahun 2019 rasanya. Aku beli dengan reseller mynic, iaitu abg faizal dari kinetic webhosting tu. Pada tahun 2020, aku renew harganya masih sama RM50.00 juga. So aku maintain je la.

Alkisah nak dijadikan citer, bulan 7 tahun 2021 domain firdausmarzuki.my ni pulak nak tamat tempoh. Aku pun macam biasa tanya la pada abg faizal tu, berapa harga nak renew. Beliau bagitahu harga dah naik kepada RM90.00. 

Pergh. Terkejut aku time tu weh. Harga naik hampir sekali ganda. Abg Faizal tu siap bagitahu kalau beli direct ke mynic lagi mahal iaitu RM120.00. Pergh giler betul harganya sampai tahap macamtu. Jadi aku pun buat keputusan untuk tukar ke nama domain lain. Malas aku bayar mahal2 untuk nama domain je pun. Bayangkan RM120.00 untuk nama domain, ish.. mengarut sungguh. Boleh dapat 3 tahun kalau .com . Itulah kisahnya untuk entry kali ni. Bye..

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.