Last Updated on 24 August, 2019 by Grim Reaper
Assalamualaikum. Harini saya nak ajarkan kepada anda cara untuk Setting TP Link TL-WA901ND Multi SSID. Tujuan utama kita setting multiple SSID kepada Tp link ini adalah kerana access point ini sangat limited kepada client yang connect di setiap nama ssid. Apa yang telah dapat huraikan, setiap 1 ssid dapat connect sebanyak 16 client sahaja. Jadi untuk ramai client boleh connect kepada acces point ini kita perlu setup beberapa nama ssid. Jom kita mulakan.
Setting TP Link TL-WA901ND Multi SSID
Step 1 – Anda perlu login ke web login di tplink anda.
Step 2 – Pergi ke bahagian wireless, pilih wireless setting, di bahagian operation mode, pilih Multi SSID. Disini anda boleh setting tp link anda sebanyak 4 maximum nama SSID. Seperti contoh di atas, saya hanya set kepada 2 nama SSID. Jadi, tick 2 SSID, contoh ssid 2 dan ssid 3, kemudian berikan nama SSID anda. Untuk config yang lain biarkan secara default atau follow gambar di atas. Kemudian tekan save.
Step 3 – Masuk ke Wireless Security, Pilih nama SSID anda, kemudian set password untuk wifi anda. Selepas siap, tekan save.
Step 4 – Ini adalah optional, kegunaannya adalah untuk ping kepada devices anda, jika ianya tidak dapat ping dalam masa yang ditetapkan, utility ini akan restart access point ini.
Step 5 – Last option, masuk ke Wireless Advances, kemudian tukar setting Transmit Power kepada Middle dan kemudian Save. Anda mempunyai option untuk tukar kepada High, Middle dan Low. Saya memilih untuk middle kerana mahukan access point tp link saya dapat memberi signal yang baik kepada client yang connect ke access point ini. Saya pernah mencuba menggunakan High setting, akibatnya ia membuatkan access point ini kerap hang dan restart. Manakala pula dengan menggunakan setting Low pula, access point ini kurang memberi prestasi yang bagus. Jadi sebab itu saya memilih Middle Setting untuk setting terbaik.
Sekian untuk entry saya kali ini. semoga entry ini bermanfaat dan dapat membantu anda untuk setting ni Access Point Tp Link anda. Sebelum terlupa, sedikit tips untuk saya kongsikan. Tujuan utama saya membuat Multiple SSID adalah kerana 1 SSID di access point ini hanya support sebanyak 16 client sahaja. Jika saya mahukan 37 client saya untuk dapat connect ke access point ini, jadi saya perlu buat banyak multi iaitu 4. 4×16 = 65 client dapat connect ke access point ini. Itu sahaja.