Tips membersihkan komputer

Last Updated on 7 November, 2018 by Grim Reaper

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira jika hendak melakukan pembersihan pada komputer anda. Ini termasuk seberapa kerap anda menggunakan, siapa yang menggunakan dan persekitan laptop/pc anda berada. Terdapat beberapa tips membersihkan komputer. Baca artikel di bawah.

Tips ASAS membersihkan computer anda :

1️⃣ JANGAN gunakan cecair semburan terus pada screen, keyboard dan badan komputer. Jika memerlukan semburan, pastikan cecair tersebut disembur kepada kain pengelap terlebih dahulu.
   Anda boleh menggunakan vacum untuk menyedut serta membuang habuk. Namun penggunaan vacum juga boleh menyebabkan kerosakan komputer kerana ada aliran elektrik statik. Untuk menggelakan perkara tersebut berlaku, anda boleh menggunakan compressed air.

3️⃣ Berhati-hati ketika menggunakan bahan pelarut / kimia. Ada individu yang alah pada bahan-bahan tersebut dan sesetengah pelarut akan merosakan komputer anda. Langkah sebaiknya ialah campurkan bahan tersebut dengan air (agar tidak terlalu pekat).

4️⃣ Semasa membersihkan CPU terutamanya, elakkan tidak menggangu mana-mana butang dan elakkan mencabut soket yang bersambung antara power suplly dan cable. (pastikan tidak bersambung dengan sumber kuasa elektrik)

5️⃣ Apabila membersihkan kipas kecil, pastikan pegang supaya ianya tidak berputar dan gunakan air compresser.

6️⃣ Jangan sesekali minum, makan dan merokok ketika melakukan proses pembersihan.

Peralatan ASAS dalam melakukan pembersihan :

1️⃣ Kain – Hendaklah dari jenis lembut atau kapas. Kain adalah digalakkan dari menggunakan tuala. Kain sangat sesuai untuk membersihkan keyboard, mouse dan peraltan lain pada badan komputer. Untuk membersihkan motherboard dan RAM anda tidak perlu menggunakan kain.

2️⃣ Air atau Rubbing Alcohol – gunakan air bersama kain untuk mengelap debu-debu di badan komputer, pelarut adalah tidak sesuai kerana akan bertindak balas dengan peralatan plastik.

3️⃣ Portable vacum – aksesori terpenting dalam pc maintenance, untuk membersihkan segala debu, kotoran, rambut, abu rokok, lipas, gajah dan sebagainya. Namun harus diingati bahawa PORTABLE VACUUM bukanlah vacum yang gunakan elektrik (mencetuskan elektrik statik)

4️⃣ Cotton Buds – entah apa istilah dalam bahasa melayu, anda gunakan cotton buds yang dicelup kedalam air atau pelarut untuk mencuci kotoran dicelah celah kipas, hardisk slot dan sebagainya.

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.