Ulasan IPTV Xflix

Last Updated on 26 August, 2019 by Grim Reaper

ULASAN IPTV XFLIX

Assalamualaikum, bertemu kita kali ini dalam entry terbaru saya iaitu Ulasan IPTV Xflix. Saya ingin mencuba IPTV Xflix ini kerana saya mendapat offer melalui wassap dari kenalan dengan harga yang murah. Harga yang beliau tawarkan adalah RM27 selama 3 bulan. Untuk pengetahuan korang, ini adalah share akaun, dan saya share dengan mamat mana tah. Harganya sangat murah dan membuatkan saya tertarik untuk mencubanya. Selepas saya membuat bayaran, saya telah di tambah ke dalam group whatapps xflix tersebut. Saya telah di berikan installer untuk mendownload apk iptv tersebut.

Baca lagi – IPTV LAYAR 3

IPTV XFLIX

Setelah proses download selesai, saya terus install aplikasi iptv xflix ini. Semuanya berlancar seperti biasa. Saya telah mendapat id dan password. Selepas log masuk, apa yang saya dapat lihat, iptv ini mempunyai sistem ui yang menarik dan warnanya agak terang. Seperti iptv lain, iptv xflix ini menawarkan Live Channel, VOD, EPG dan Series di muka hadapan Iptv ini selepas log masuk. Di bawah saya masukkan gambar untuk rujukan apa yang iptv ini sediakan.

Ini adalah antara muka untuk log masuk ke iptv xflix.

Selepas log masuk menggunakan id dan password, iptv xflix ini akan automatik mengupdate media contents terkini.

Tadaaa. Ini la rupa home xflix iptv tu.

Ini pula kandungan yang terdapat dalam bahagian settings.

Channel radio yang ada dalam iptv xflix.

Ini adalah channel live tv yang disediakan oleh iptv xflix.

Iptv xflix timeshift

Ini adalah contents VOD dalam iptv xflix.

Dan yang terakhir adalah contents dari series.

Saya telah menguji iptv xflix ini menggunakan connection DIGI Infinite i150 dan juga unifi lite. Untuk Digi Infinite i150 kelajuan speedtest adalah 100Mbps dan untuk unifi adalah 10Mbps. Apa yang saya dapat buat kesimpulan adalah iptv xflix ini sedikit laggy dan live tv kerap shutter. Saya rasa ini adalah berpunca dari server yang jauh dari Malaysia. Kemungkinan server berapa di luar negara , US atau Europe. Ini adalah sangat mengecewakan kerana ia menggangu kita untuk menonton live tv dengan tenang. Saya telah membuat laporan mengenai masalah ini kepada admin yang saya beli akaun ini, apa yang dia jawap cuma, “cuba tukar player 2”. Hasilnya tetap sama. Bukan saya sahaja yang menghadapi masalah ini, tetapi rakan saya yang shared akaun dengan saya juga mengalami masalah yang sasma. Saya berharap pihak admin iptv xflix ini dapat membaiki masalah ini jika mahukan ramai pelanggan terus menggunakan iptv xflix ini.

 

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.