Aplikasi Menarik Untuk Google Team Drive

Last Updated on 14 July, 2019 by Grim Reaper

APLIKASI MENARIK UNTUK GOOGLE TEAM DRIVE

Assalamualaikum, di pagi Jumaat ini, saya ingin kongsikan sebuah aplikasi menarik untuk google team drive. Bagi pembaca yang masih belum tahu apa tu Google Team Drive, Google Team Drive adalah cloud storage untuk daripada google. Anda boleh menyimpan segala file anda di dalam Google Team Drive ini secara unlimited. Anda boleh dapatkan Google Team Drive ini dengan hanya RM50 untuk selama lamanya. Anda boleh membeli terus dari saya. Kalau nak, boleh hubungi saya. Saya dapat tahu  mengenai aplikasi ini adalah daripada pelanggan saya. Jadi saya terus buat entry ini sebagai rujukan kepada pelanggan yang lain jika ada yang mahu cuba dan gunakan aplikasi ini juga.

Aplikasi yang saya nak ceritakan pada entry kali ini adalah RaiDrive. Untuk pengetahuan, aplikasi ini adalah percuma. Di ulang semula, percuma ya ! Ada banyak je aplikasi untuk Google Team Drive dekat google. Tapi untuk entry ni saya nak buat mengenai aplikasi RaiDrive. Dalam aplikasi ini banyak perkhidmatan cloud lain boleh digunakan, tapi fokus kita hanya untuk Google Team Drive. Sebelum anda muat turun aplikasi ini, pastikan anda memenuhi ciri ciri seperti di bawah untuk menjalakan aplikasi RaiDrive ini.

KEPERLUAN

Untuk muat turun aplikasi ini, anda boleh muat turun dari official website RaiDrive iaitu https://www.raidrive.com/download/

Selepas itu , anda boleh terus install aplikasi ini di laptop atau pc anda.

Selepas selesai install, anda boleh terus mulakan aplikasi RaiDrive di laptop atau pc anda. Untuk pertama kali, anda perlu klik pada add account.

Pilih Google Team Drive, Pilih Drive letter yang anda mahukan dan tick Read-Only jika anda hanya mahu software ini membaca semua files anda di dalam Google Team Drive. Jika anda untick pada Read-Only, anda dapat full akses iaitu anda boleh upload ke dalam Google Team Drive anda. Kemudian pilih ok.

Selepas anda tekan ok, akan kuar popup redirect ke website melalui browser anda untuk aplikasi RaiDrive ini mendapakan akses ke akaun anda. Jadi pilih akaun gmail yang anda mahukan untuk aplikasi ini mendapat akses.

 

 

Klik pada allow untuk benarkan aplikasi RaiDrive akses ke akaun google drive anda.

Aplikasi ini telah mendapat akses ke dalam akaun gmail anda.

Dan kemudian terus sahaja ke partition anda, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. akaun Google Team Drive anda kini sudah berada di dalam laptop atau pc anda.

Kini anda boleh akses atau mainkan video terus ke google drive anda. Terbaik bukan ?

Di harap aplikasi ini dapat membantu anda untuk backup atau store file anda dari laptop atau pc terus ke Google Team Drive anda. Enjoy ~~!

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.