Ulasan Sonicseedbox Cloud Torrent

Last Updated on 15 June, 2019 by Grim Reaper

Assalamualaikum. Harini saya nak ulasan mengenai sonicseedbox. Pada 5 September 2018, saya ada membuat tempahan sonicseedbox untuk kegunaan public torrent saya, setelah 3 hari menunggu, akhirnya seedbox saya telah diaktifkan. Agak lambat menunggu respon dari pihak sonicseedbox, mungkin busy agaknya. Pihak sonicseedbox membalas email saya dan memberikan coupon code untuk pengaktifan seedbox saya. Proses untuk aktifkan cloud torrent ini agak sedikit rumit dan memeningkan. Saya perlu mendaftar terlebih dahulu, kemudian baru saya mengaktifkan coupon code untuk akaun premium yang saya beli.

Untuk akaun percuma, anda akan mendapat storage sebanyak 4GB. Pakej yang saya beli adalah RM12 dan mendapat 50GB storage. Setelah saya log masuk ke dalam akaun saya, saya terus mengaktifkan akaun premium saya.

Saya teruja kerana ini adalah pertama kali saya menggunakan cloud torrent. Interface yang sangat bersih, menarik dan simple membuatkan saya tertarik dengan cloud torrent ini. Untuk mencuba cloud torrent sonicseedbox ini, saya memasukan 4 fail torrent dari public torrent. Ternyata ia terus memuat turun file tersebut, speed agak perlahan, memandangkan ini adalah fail dari public torrent, saya tidak kisah. Kerana anda perlu memahami konsep p2p, iaitu berapa ramai seeder yang seed fail tersebut.

Sonicseedbox juga memberi akses muat turun secara terus atau melalui FTP. Selain itu, anda boleh terus remote upload ke akaun google drive, dropbox, onedrive dan pcloud selepas muat turun anda selesai. Ini adalah sangat bagus dan dapat menjimatkan simpanan cloud torrent anda.
Hasil dari percubaan saya untuk mendownload secara terus, iaitu menggunakan direct download ianya sangat memuaskan kerana saya dapat menggunakan kelajuan internet saya sepenuhnya tanpa sekatan iaitu 5mbps. Untuk download menggunakan FTP pula, saya juga mendapat kelajuan penuh.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan perkhidmatan sonicseedbox cloud torrent ini. Harga yang murah dan Ianya mudah untuk digunakan serta mempunyai interface yang sangat responsive. Selain itu, anda juga boleh menonton secara terus selepas fail anda selesai download. Jadi, sonicseedbox cloud torrent ini adalah sangat sesuai untuk kaki download public torrent yang tak perlu berfikir apa apa & juga mengamalkan konsep hit & run !

Author: Grim Reaper
Hi. Saya membuat keputusan untuk membuat laman web ini untuk berkongsi ilmu yang saya belajar. Sangat meminati dunia IT, seperti Network, Software, Computer dan Server. Semoga kandungan laman web ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.